SMK Sierramas, Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh Selangor. Tel No: 03-61402562. Email: bea7622@btpsel.edu.my

Monday, 18 June 2012

Pembayaran Sumbangan PIBG dan Persekolahan Bagi Tahun 2012

Susulan daripada Mesyuarat Agung PIBG kali pertama pada 7 April 2012 yang lalu, pihak sekolah telah mengeluarkan notis kepada kesemua ibubapa pelajar-pelajar SMK Sierramas pada 12 Jun 2012 untuk kutipan sumbangan PIGB dan juga sumbangan persekolahan bagi sesi tahun 2012.

Sehubungan mesyuarat PIGB, telah mempersetujui bayaran sumbangan PIBG bagi tahun 2012 di tetapkan sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga. Bagi sumbangan persekolahan pula, adalah di tetapkan bayaran RM40.00 bagi setiap anak yang bersekolah di SMK Sierramas.

Ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah di SMK Sierramas, amaun pembayaran seperti berikut:

a) 1 anak      RM40 + RM 50     Jumlah RM90.00
b) 2 anak      RM80 + RM50      Jumlah RM130.00
c) 3 anak      RM120 + RM50    Jumlah RM170.00

Nota: Pembayaran boleh di buat sebanyak 2 kali. Pembayaran di buat melalui murid kepada guru tingkatan masing-masing

Pihak sekolah harap keprihatinan and sokongan daripada pihak ibubapa.

1 comment:

  1. Saya akan menyokong keputuasan yang dibuat oleh pihak PIBG sekolah. Walaupun agak mahal tetapi perlu difahamkan bahawa SMK Sierramas ini adalah sekolah yang baru ditubuhkan pada tahun 2012.

    Perlu kita membuat sumbangan dana untuk membantu pentadbiran sekolah ini.

    ReplyDelete